Tuesday, 15 December 2015
Friday, 17 October 2014
Lawatan Ke Tanjung Piai 丹戎比艾之旅
Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.
Mercu tanda "Tanah Terselatan Benua Asia" di Tanjung Piai.
Mercu tanda "Penghujung Selatan Tanah Besar Asia" di Tanjung Piai.
Hutan paya bakau di Tanjung Piai.
Tepi laut Tanjung Piai.
Thursday, 16 October 2014
My Simple Dinner 我简单的晚餐
Tonight, I
cooked myself with the ingredients in the fridge. The benefits of cooking
yourself are healthier than eating out because we can control the use of oil
and salt in our cooking.
One meat, one dish, one soup
Wednesday, 15 October 2014
Paya Bakau Terbesar Di Dunia 世界最大红树林之地 — 龟咯岛
Hari ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Pulau Kukup, Pontian, Johor. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Kukup. Tapi sekadar pergi pagi dan pulang
petang. Jarak dari Johor Bahru dalam 40 minit. Jarak dari bandar Kulai pun
dalam lingkungan 40 minit juga.
Kampung Nelayan Air Masin di Pulau Kukup, Johor.
Kampung Nelayan Air Masin di Pulau Kukup, Johor.
Penghujung
jalan dari pekan Pontian, kita akan berjumpa dengan jeti pelepasan ini sahaja.
Kalau tengok kanan dan kiri adalah beberapa buah kedai makan seafood dan kedai yang menjual pelbagai makan laut. Makanan laut seperti ikan bilis, ikan kering dan macam-macam jenis benda kering ada kat sini. Keistimewaan
makanan laut di sini ialah mungkin teksturnya lebih lembut, warna cerah dan
kurang habuk.
Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Johor.
Bot ke Taman Negara Paya Bakau Pulau Kukup.
Di Pulau Kukup,
kita akan dapat melalui jalan berpapan sepanjang 600m dan di penghujungnya
ada menara meninjau. Sepanjang perjalanan kita akan melihat proses penyemaian
dan penanaman pokok Kayu Bakau. Pelbagai jenis species bakau yang pernah aku lihat
di sini. Untuk pengetahuan aku, rupanya Pulau Kukup merupakan pulau paya
bakau terbesar di dunia.
Jambatan menunju ke menara meninjau Taman Negara Paya Bakau Kukup.
Projek penyemaian penanaman semula pokok bakau.
Paya bakau terbesar di dunia.
Pintu gerbang ke pokok bakau terbesar di dunia.
Perternakan ikan dalam sangkar di Pulau Kukup.
Perternakan ikan dalam sangkar di Pulau Kukup.
Akar Jongkang bakau tertinggi di Pulau Kukup.
Tuesday, 14 October 2014
Kenangan Bergraduat di Universiti Putra Malaysia 博特拉大学毕业回忆
Apabila membelek-belek gambar-gambar lama, ternampak gambar yang diambil pada dua tahun yang lepas iaitu gambar Konvokesyen Ke-36 di Universiti Putra Malaysia (UPM).Hal ini menunjukkan masa berlalu begitu pantas.
Bergambar bersama Saudara Risnoalpiyan Bin Hassan di luar Dewan Besar, UPM.
Bergambar bersama Saudara Risnoalpiyan Bin Hassan dan Saudara Mok Hock Ping di luar Dewan Besar, UPM.
Sunday, 12 October 2014
Minggu Peperiksaan Akhir Tahun 年终考试周
Minggu ini merupakan minggu Peperiksaan Akhir Tahun. Jadi, pengajaran dan Pembelajaran tidak perlu dilaksanakan pada minggu ini. Kerja yang perlu dijalankan pada minggu ini ialah menjaga peperiksaan dan juga menyemak kertas jawaban peperiksaan.
Murid-murid memberi tumpuan untuk menjawab peperiksaan.
Friday, 10 October 2014
Aktiviti Hari Ini 今天的活动
Aku telah ditugaskan oleh pihak sekolah untuk menjadi guru penasihat kelab Taekwondo sekolah pada tahun 2014. Seperti hari-hari Jumaat yang sebelum ini, aku hadir ke sekolah untuk
mengawasi murid-murid yang menjalani latihan Taekwondo di sekolah. Para
murid berlatih dengan bersungguh-sungguh dengan bimbingan daripada
beberapa orang jurulatih yang bertali pinggang Black. Murid-murid juga berjaya mendapat Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Win Long Taekwondo 3th Demonstration Championship 2014 yang berlangsung di Sutera Mall, Skudai, Johor pada 20 September 2014.

Murid menjalani sesi latihan Taekwondo dengan bersungguh-sungguh.
Jurulatih Taekwondo memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.
Jurulatih Taekwondo memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.
Murid-murid mendapat Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Win Long Taekwondo 3th Demonstration Championship 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































