Friday, 17 October 2014

Lawatan Ke Tanjung Piai 丹戎比艾之旅

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Mercu tanda "Tanah Terselatan Benua Asia" di Tanjung Piai.

 Mercu tanda "Penghujung Selatan Tanah Besar Asia" di Tanjung Piai.

Hutan paya bakau di Tanjung Piai.

 Tepi laut Tanjung Piai.

Thursday, 16 October 2014

My Simple Dinner 我简单的晚餐

Tonight, I cooked myself with the ingredients in the fridge. The benefits of cooking yourself are healthier than eating out because we can control the use of oil and salt in our cooking.

One meat, one dish, one soup

Wednesday, 15 October 2014

Paya Bakau Terbesar Di Dunia 世界最大红树林之地 — 龟咯岛

Hari ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Pulau Kukup, Pontian, Johor. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Kukup. Tapi sekadar pergi pagi dan pulang petang. Jarak dari Johor Bahru dalam 40 minit. Jarak dari bandar Kulai pun dalam lingkungan 40 minit juga. 

  Kampung Nelayan Air Masin di Pulau Kukup, Johor.

 Kampung Nelayan Air Masin di Pulau Kukup, Johor.

Penghujung jalan dari pekan Pontian, kita akan berjumpa dengan jeti pelepasan ini sahaja. Kalau tengok kanan dan kiri adalah beberapa buah kedai makan seafood dan kedai yang menjual pelbagai makan laut. Makanan laut seperti ikan bilis, ikan kering dan macam-macam jenis benda kering ada kat sini. Keistimewaan makanan laut di sini ialah mungkin teksturnya lebih lembut, warna cerah dan kurang habuk. 

 Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Johor.

Bot ke Taman Negara Paya Bakau Pulau Kukup.

Di Pulau Kukup, kita akan dapat melalui jalan berpapan sepanjang 600m dan di penghujungnya ada menara meninjau. Sepanjang perjalanan kita akan melihat proses penyemaian dan penanaman pokok Kayu Bakau. Pelbagai jenis species bakau yang pernah aku lihat di sini. Untuk pengetahuan aku, rupanya Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau terbesar di dunia.

Jambatan menunju ke menara meninjau Taman Negara Paya Bakau Kukup.

Projek penyemaian penanaman semula pokok bakau.

Paya bakau terbesar di dunia.

Pintu gerbang ke pokok bakau terbesar di dunia.

Perternakan ikan dalam sangkar di Pulau Kukup.

 Perternakan ikan dalam sangkar di Pulau Kukup. 

 Akar Jongkang bakau tertinggi di Pulau Kukup.

Tuesday, 14 October 2014

Kenangan Bergraduat di Universiti Putra Malaysia 博特拉大学毕业回忆

Apabila membelek-belek gambar-gambar lama, ternampak gambar yang diambil pada dua tahun yang lepas iaitu gambar Konvokesyen Ke-36 di Universiti Putra Malaysia (UPM).Hal ini menunjukkan masa berlalu begitu pantas.


Bergambar bersama Saudara Risnoalpiyan Bin Hassan di luar Dewan Besar, UPM. 

Bergambar bersama Saudara Risnoalpiyan Bin Hassan dan Saudara Mok Hock Ping di luar Dewan Besar, UPM. 

Sunday, 12 October 2014

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun 年终考试周

Minggu ini merupakan minggu Peperiksaan Akhir Tahun. Jadi, pengajaran dan Pembelajaran tidak perlu dilaksanakan pada minggu ini. Kerja yang perlu dijalankan pada minggu ini ialah menjaga peperiksaan dan juga menyemak kertas jawaban peperiksaan.

Murid-murid memberi tumpuan untuk menjawab peperiksaan.

Friday, 10 October 2014

Aktiviti Hari Ini 今天的活动

Aku telah ditugaskan oleh pihak sekolah untuk menjadi guru penasihat kelab Taekwondo sekolah pada tahun 2014. Seperti hari-hari Jumaat yang sebelum ini, aku hadir ke sekolah untuk mengawasi murid-murid yang menjalani latihan Taekwondo di sekolah. Para murid berlatih dengan bersungguh-sungguh dengan bimbingan daripada beberapa orang jurulatih yang bertali pinggang Black. Murid-murid juga berjaya mendapat Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Win Long Taekwondo 3th Demonstration Championship 2014 yang berlangsung di Sutera Mall, Skudai, Johor pada 20 September 2014.

 Murid menjalani sesi latihan Taekwondo dengan bersungguh-sungguh.

 Jurulatih Taekwondo memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.

 Jurulatih Taekwondo memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.

Murid-murid mendapat Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Win Long Taekwondo 3th Demonstration Championship 2014.

Thursday, 28 August 2014

Percutian Ke Singapura 狮城之旅

Tanggal 19 September 2014, aku bersama ahli keluargaku telah menjejakkan kaki ke Singapura. Kami bertolak dari City Square, Johor pada pukul 7:00 pagi. Kami menaiki bas SBS 170 untuk ke Singapura. Kami tiba di Station LRT Kranji pada pukul 9:00 pagi. Kami telah mengunjungi beberapa tempat di Singapura.

Bergambar di hadapan Casino.

 China Town, Singapura.

Berhampiran dengan City Hall LRT Station.

China Town Point, Singapura.

Universal Studio Singapura (USS)

Sunday, 8 June 2014

Percutian Ke Taiwan 台湾之旅

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Terminal 2, Taiwan pada 11:30 malam 4 Jun 2014. Kami berlima termasuk aku, ayah, ibu, kakak serta abang aku bertolak dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA2) 2 pada pukul 5:45 petang. Selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyua, kami telah disambut oleh pemandu pelancong yang dihubungi oleh kami.

 Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyua, Taiwan

Selepas itu, kami pun bertolak ke hotel yang berdekatan dengan pasar malam Shilin, Taipei. Hal ini demikian dengan niat dapat berjalan-jalan di pasar malam Shilin. Malangnya, apabila kami tiba di sana surut menjelang pagi dan kami tidak sempat berjalan di pasar malam tersebut.

 Cakoi dan Susu Soya merupakan makanan sarapan yang popular di Taiwan.

Bergambar di Cihu Mausoleum (慈湖陵寢), Taiwan.

Hsinchu City 新竹), Taiwan.

 Patung-patung gangsa Chiang Kai-Shek di Cihu Mausoleum.

Pekan kecil Sun Moon Lake日月潭)

Bergambar di Sun Moon Lake日月潭)

Pemandangan di sekitar  Sun Moon Lake日月潭)

Station kereta kabel Formoson Aboriginal Culture Village, Nantou County (南投縣)

  kereta kabel di Formoson Aboriginal Culture Village, Nantou County (南投縣)
.
 Persembahan kebudayaan oleh etnik dari Formoson Aboriginal Culture Village, Nantou County.

Pemandangan sekitar Pasar Lama San Fen (三峽老街).

Lambang tanduk kerbau di Pasar Lama San Fen.

 Pemandangan sekitar Pasar Lama San Fen.

 Buah tembikai yang bersaiz gergasi.

Chiang Kai-Shek Memeriol Hall (中正紀念堂), Taipei.

Kereta yang digunakan oleh Chiang-kai Shek.

 Pemandangan sekitar Kediaman Rasmi Presiden Taiwan.


 Panorama of Memorial Hall, Taipei.

 Bangunan Taipei 101.

 Pemandangan dari atas Bangunan Taipei 101.

 Bangunan Taipei 101.

 Ladang Labu Kuning, Yilan.

 Shangrila Leisure Farming, Yilan.

  Shangrila Leisure Farming, Yilan.

Yin Yang Sea (陰陽海)

National Palace Museum (国立故宫博物院)

 Shihfen Old Street (十分老街)

 Gold Museum (新北市立黃金博物館)