Hari ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Pulau Kukup, Pontian, Johor. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Kukup. Tapi sekadar pergi pagi dan pulang
petang. Jarak dari Johor Bahru dalam 40 minit. Jarak dari bandar Kulai pun
dalam lingkungan 40 minit juga.
Kampung Nelayan Air Masin di Pulau Kukup, Johor.
Kampung Nelayan Air Masin di Pulau Kukup, Johor.
Penghujung
jalan dari pekan Pontian, kita akan berjumpa dengan jeti pelepasan ini sahaja.
Kalau tengok kanan dan kiri adalah beberapa buah kedai makan seafood dan kedai yang menjual pelbagai makan laut. Makanan laut seperti ikan bilis, ikan kering dan macam-macam jenis benda kering ada kat sini. Keistimewaan
makanan laut di sini ialah mungkin teksturnya lebih lembut, warna cerah dan
kurang habuk.
Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Johor.
Bot ke Taman Negara Paya Bakau Pulau Kukup.
Di Pulau Kukup,
kita akan dapat melalui jalan berpapan sepanjang 600m dan di penghujungnya
ada menara meninjau. Sepanjang perjalanan kita akan melihat proses penyemaian
dan penanaman pokok Kayu Bakau. Pelbagai jenis species bakau yang pernah aku lihat
di sini. Untuk pengetahuan aku, rupanya Pulau Kukup merupakan pulau paya
bakau terbesar di dunia.
Jambatan menunju ke menara meninjau Taman Negara Paya Bakau Kukup.
Projek penyemaian penanaman semula pokok bakau.
Paya bakau terbesar di dunia.
Pintu gerbang ke pokok bakau terbesar di dunia.
Perternakan ikan dalam sangkar di Pulau Kukup.
Perternakan ikan dalam sangkar di Pulau Kukup.
Akar Jongkang bakau tertinggi di Pulau Kukup.