Sunday 15 May 2016

Hari Guru 2016 教师节


Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna bagi warga pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cikgu’. Pada hari istimewa ini, para guru akan diraikan oleh anak-anak didik demi menghargai jasa dan menyanjungi pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Guru-guru sekalian amat bertuah kerana ia merupakan pengiktirafan tertinggi masyarakat dan kerajaan atas sumbangan tidak ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan membangunkan negara. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, dapat kita bersama-sama menyambut Hari Guru kali ke-45 yang bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. Terima Kasih Cikgu !