Kolam Air Panas Panchor yang terletak di Kampung Panchor Dayak, Kota
Padawan, Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Kolam Air Panas Panchor ni
mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kampung Panchor Dayak terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari
Bandaraya Kuching iaitu sejauh 45 kilometer di jalan Kuching-Serian.
Kolam air panas semulajadi ini pastinya telah menjadi tumpuan orang
ramai setiap hari yang terdiri dari penduduk tempatan ataupun pelancong
asing. Terdapat sebuah cafe di sini yang menjual air minuman dan makanan
ringan. Juga disediakan bilik persalinan dan toilet untuk kemudahan
pelanggan. Kolam Air Panas Pancor beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Bayaran masuk cuma RM4 seorang. Kanak-kanak bawah 12 tahun tiada dikenakan cas masuk.