Monday 23 July 2018

Kedai Kek Lapis Asma, Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak 砂劳越哥打三马拉汉千层糕专卖店

Kedai Kek Lapis Basah Sarawak yang popular ketika ini iaitu Asma Cake House. Ianya terletak di Taman Desa Ilmu di kawasan Kota Samarahan. Kira-kira 50 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Kuching. Kedai Kek Lapis Sarawak ini buka pada setiap hari beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai aneka warna Kek Lapis Sarawak, Kerepek, Biskut Raya dijual di sini.




Kek-kek yang dijual mengukit saiz, se-loaf (8 inchi X 3 inchi) dijual sekitar RM10 hingga RM20 mengikut jenis. Sebelum membeli, pelanggan boleh mencuba tester-tester yang disediakan oleh pemilik kedai.

Kerepek- kerepek Sarawak seperti Tabaloi, Tempeyek, Kuih Sepit juga tersedia untuk dibeli. Di samping itu, perbagai produk hasil Tani Sarawak seperti Lada Hitam, Gula-gula Apong dan Sagu Sarawak juga ada untuk dijual.

No comments:

Post a Comment